Thursday 10 January 2013

SELAMAT BERTUGAS....

Kepada rakan-rakan yang baru diberikan tugas itu,  Selamat bertugas!
Utamakan sasaran organisasi mengatasi keinginan peribadi. Sebaiknya, jangan langsung ada dalam tiap tindakan melaksanakan tugas ada bangga diri. Berbangga diri itu hanya untuk  Yang Maha Pencipta. Dia sahaja yang layak untuk berbangga.

Jangan jadikan tugas sebagai kesempatan memenuhi selera nafsu yang tidak akan puas selama-lamanya itu.
Maksudnya, jangan berasa puas kerana akhirnya tugas itu di dalam genggaman dan orang lain tidak lagi memiliki 'kedudukan' dalam hiraki organisasi.  Dari situlah keangkuhan akan lahir. Angkuh itu hanya untuk  Yang Maha Mengetahui. Berdosa memakai 'selendang' itu.

Fikirkan suatu perkara itu beberapa kali. Lihat dulu baik tidaknya sebelum dibuat. Jangan sesekali membuat kerja yang dilafaz melalui lidah yang didorong oleh hati yang hitam. Nanti akan ada yang terluka dan parutnya akan pasti kelihatan. Yang lebih menyudahkan, bukan senang pula memadamnya jika hitam di hati itu sudah semakin meresap di segenap saraf.

Jadi, biasakanlah diri sentiasa banyak memerhati....berfikir...mempelajari...berusaha kepada yang lebih baik atau untuk suatu yang lebih baik DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH.  Apa pun sebenarnya nanti, kamu akan ditanya juga oleh-Nya dan amal itu yang akan menjawab...dan amal itu menjawab mengikut apa yang sebenarnya di hati kamu ketika itu [ketika membuat amal itu semasa hidup/diberi tugas].